Gold Info

Hal-hal Yang Mempengaruhi Harga Emas

 

 Abu bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda:
"AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)"
-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


Emas dalam jangka masa panjang akan sentiasa meningkat. Tapi dalam jangka masa pendek akan naik dan turun mengikut keadaan. Ada beberapa hal yang mempengaruhi naik turunnya harga emas di pasaran, iaitu:

1. Inflasi
Inflasi adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pada keadaan normal, dalam setahun kadar inflasi ialah sebanyak 5%. namun jika berlaku kegawatan ekonomi, kadar inflasi boleh meningkat berkali-kali ganda dari kadar nomal. Khabar baiknya (bagi yang menyimpan emas), kadar inflasi tidak pernah mengalahkan kadar kenaikan harga emas. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi pula harga emas.

2. Kegawatan politik global
Jika berlaku peperangan di suatu negara, maka keadaan ekonomi negara tersebut akan terjejas. Dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi keadaan ekonomi global. Sebagai contoh, perang di Iraq. Iraq adalah salah satu negara pengeluar minyak. Dengan berlakunya perang di sana, harga minyak telah mengalami kenaikan dan hal ini turut mempengaruhi harga emas. Hal ini akan diterangkan lebih lanjut pada point nombor 4.

3. Naik turun harga dollar
Di antara yang mempengaruhi harga emas adalah nilai MYR terhadap USD. Disebabkan harga spot emas dunia adalah dalam USD, maka sekiranya nilai MYR melemah terhadap USD, harga emas akan tinggi. Begitu pula sebaiknya.

4. Kenaikan harga minyak
Sekarang ekonomi ini dunia sangat bergantung pada harga minyak. Minyak dan emas adalah kawan yang sangat rapat. :) Setidaknya, itulah yang berlaku sejak 60 tahun terakhir. Jika harga minyak naik, harga barang dan perkhidmatan juga akan ikut naik. Termasuk harga emas.

5. Supply & demand
Semua harga barang dan perkhidmatan selalunya ditentukan oleh supply dan demand. Jika berlaku high demand bersamaan dengan low supply, maka harga akan melambung tinggi. Begitu pula sebaliknya. Hal yang sama juga berlaku untuk harga emas. 

Ehsan dari Hikmah Gold