Wednesday, March 10, 2010

KENAPA?

Assalamualaikum. Ape kabar wahai pencinta-pencinta emas semua? Adakah anda sudah dapat manfaat ke belum dari emas yang anda simpan? Harap-harap dah dapat untung walaupon sedikit. Syukur Alhamdulillah. Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya ade lampirkan slip Atm saya tu? Saya bukan nak tunjuk jumlah yang saya bayar kepada Public Gold, tetapi cuba anda lihat betul-betul pada perkataan dalam bulatan pada slip tersebut? 1KG JONGKONG EMAS betul tak? kalo anda perasan,sekarang ramai peniaga telah menawarkan hadiah emas apabila anda membeli, melabur atau menyimpan sesuatu kepada syarikat mereka, Sebagai contoh CIMB, untuk promosi kali ini, CIMB telah menawarkan hadiah 1KG JONGKONG EMAS jika anda mendeposit duit anda ke dalam akaun anda di CIMB. Selain itu juga, Real Reward juga telah menawarkan emas untuk tebus point yang kita kumpul dan MAMEE juga telah mengadakan satu peraduan yang hadiahnya adalah emas. KENAPA EMAS? Dulu jika anda perasan, banyak syarikat bisnes di Malaysia ini telah menawarkan hadiah berbentuk kereta, motorsikal dan alat-alat elektrik tetapi kenapa banyak syarikat bisnes sekarang menawarkan hadiah berbentuk emas. KENAPA? Ini kerana, emas telah menjadi pemintaan yang tinggi di kalangan orang di Malaysia ini. Ramai orang di Malaysia ini telah sedar akan kepentingan emas ini, tetapi masih ramai lagi yang belum tau atau sedar tentang perkara ini. KENAPA? Bab kate Prof , "renung-renungkan dan selamat beramal". Sekian terima kasih.

Sunday, March 7, 2010

KENAPA SIMPAN EMAS, BUKAN SIMPAN WANG


VS


Cuba fikir sejenak, 5 tahun dulu duit 10 sen boleh beli ape, sekarang duit 10 sen boleh beli apa? Kalau hari ini simpan rm1000 dalam bank, 5 tahun akan datang kita hendak pakai duit tu beli barang, adakah barang yang berharga rm1000 hari ini boleh beli barang yang sama dengan harga barang yang sama 5 tahun akan datang. Anda jawablah kepada diri anda sendiri. Tetapi jika anda simpan emas yang bernilai rm1000 hari ini, tidak mustahil 5 tahun akan datang nilai emas itu akan berganda nilai menjadi rm 2500. Ini kerana, rekod kenaikan emas yang lepas iaitu tahun 2004-2008, kadar kenaikan emas meningkat sebanyak 250%. Kita pun selalu terdengar ibu bapa, jiran-jiran dan kawan-kawan kita yang sudah lama kawin, berkata "dulu aku beli cincin kahwin ini rm2000, sekarang aku nak jual harga telah naik rm 3500". Kenapa jadi macam itu, ini kerana sudah termaktub dalam rekod, nilai emas insyaallah akan naik mengikut masa. Jadi kenapa kita masih lagi menyimpan wang yang banyak dalam bank, simpan untuk kegunaan semasa sudahlah. Jika simpan emas pun, kalau hendak pakai duit, kita boleh pilih mana-mana kedai untuk jual. Insyaallah, kedai akan terima. Bab kata Nabil "Lu pikir la sendiri". Terima kasih