Sunday, March 7, 2010

KENAPA SIMPAN EMAS, BUKAN SIMPAN WANG


VS


Cuba fikir sejenak, 5 tahun dulu duit 10 sen boleh beli ape, sekarang duit 10 sen boleh beli apa? Kalau hari ini simpan rm1000 dalam bank, 5 tahun akan datang kita hendak pakai duit tu beli barang, adakah barang yang berharga rm1000 hari ini boleh beli barang yang sama dengan harga barang yang sama 5 tahun akan datang. Anda jawablah kepada diri anda sendiri. Tetapi jika anda simpan emas yang bernilai rm1000 hari ini, tidak mustahil 5 tahun akan datang nilai emas itu akan berganda nilai menjadi rm 2500. Ini kerana, rekod kenaikan emas yang lepas iaitu tahun 2004-2008, kadar kenaikan emas meningkat sebanyak 250%. Kita pun selalu terdengar ibu bapa, jiran-jiran dan kawan-kawan kita yang sudah lama kawin, berkata "dulu aku beli cincin kahwin ini rm2000, sekarang aku nak jual harga telah naik rm 3500". Kenapa jadi macam itu, ini kerana sudah termaktub dalam rekod, nilai emas insyaallah akan naik mengikut masa. Jadi kenapa kita masih lagi menyimpan wang yang banyak dalam bank, simpan untuk kegunaan semasa sudahlah. Jika simpan emas pun, kalau hendak pakai duit, kita boleh pilih mana-mana kedai untuk jual. Insyaallah, kedai akan terima. Bab kata Nabil "Lu pikir la sendiri". Terima kasih

No comments:

Post a Comment