Wednesday, December 15, 2010

kAJIAN KENAIKAN HARGA EMAS DAN HARGA SILVER OLEH sendukemas.blogspot.com

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera...


Bertemu lagi kita pada entry terbaru hari ini...wah, mesti pembaca2 ada yang kata kat saya, asal harga emas naik je, baru nampak artikel baru, kalau turun senyap jer, hehe...Sebenarnya masa harga turun hari tu, saya sibuk dengan pembeli2 emas yang nak ambil kesempatan nak beli masa harga tengah murah. Sebab tu tak sempat nak update blog. Jumaat lepas, harga emas telah naik mendadak dari USD 1390/oz terus keUSD 1416/oz hanya dalam masa beberapa jam. Mengikut sumber, saya dapat tahu kenaikan ini disebabkan tindakan Amerika mencetak lagi dollar baru bernilai USD300 billion! Wah, Bulan lepas baru cetak USD600 billion.



Daripada pembacaan saya terhadap graf kitco, harga emas telah meningkat sebanyak 29% (lihat graf di atas) dan Perak pula meningkat sehingga 77% pada tahun ini (lihat graf di bawah), ekoran tindakan oleh bank2 dan pihak kerajaan yang telah menambah bertrillion dollar Amerika di dalam pasaran bertujuan melancarkaan aliran wang di pasaran tempatan sekaligus merancakkan semula aktiviti ekonomi Amerika.



Kebimbangan terhadap ketidakstabilan ekonomi Amerika dan krisis kewangan di Eropah juga menjadi faktor timbulnya spekulasi yang mengatakan lebih banyak wang kertas akan dicetak bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi semasa, sekaligus melemahkan nilai dollar dan meningkatkan harga Emas, Perak dan komoditi berharga yang lain.

Mungkin para pembaca agak kehairanan dengan artikel saya pada kali ini tidak hanya berkisar kepada emas semata-mata, tetapi kali ini ada cerita mengenai Silver atau Perak. Hah...silver pulak dah...kenapa saya kata silver? Sebab Public Gold sebenarnya bukan sahaja mengeluarkan emas tetapi juga silver, dalam bahasa orang kampung dipanggil perak...hehe.

Sebelum ni, terus terang saya tak pernah mengkaji sejarah rekod kenaikan harga Public Silver secara berkala, hanya tumpu pada harga emas sahaja. Tetapi berita kenaikan harga silver yang naik laju daripada emas telah membuka mata saya. Ya, khabar dari En. Syukor Hashim, potensi harga silver untuk menjadi double price dianggarkan mengambil masa selama 2 tahun lagi! Wah...ini bermakna kita masih mempunyai masa untuk membuat keuntungan! Ini hasil kajian yang saya sempat cari untuk membandingkan peratusan kenaikan harga emas dengan silver.

Peratusan Kenaikan Harga Emas Public Gold sejak
28 Januari 2010
20 gram Public Gold = RM 2640

7 Disember 2010
20 gram Public Gold = RM 3238

Kenaikan sebanyak 22.7%
Jika jual pada hari ini, tolak harga jual 6%, untung 16.7%
bersamaan RM 404!!!

Peratusan Kenaikan Harga Emas Public Silver sejak
28 Januari 2010
1 kilo Public Silver = RM 2322

7 Disember 2010
1 kilo Public Silver = RM 4003

Kenaikan sebanyak 72.4%!!!
Jika jual pada hari ini, tolak harga jual 15%, untung 57.3%
bersamaan RM 1081!!!

Berbaloi jugak melabur dalam silver ni ye...adik beradik emas jugak lah...

siapa berminat, leh cntct saya...nak jadi ejen dengan modal cuma beli emas atau silver yang berharga 20k saja (promosi sampai 31 Disember ni saja), thn depan modal nak jadi ejen naik 100k.

No comments:

Post a Comment