DITIPU...Abdul Jalil (dua dari kanan) menunjukkan dua peket serbuk emas dibeli mangsa.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa berusia 41 tahun dan berasal dari Mantin, Negeri Sembilan, mula mengenali suspek kira-kira sebulan lalu apabila dia didatangi suspek ketika berada di sebuah kedai berhampiran Ampang Waterfront.
“Dalam pertemuan itu, suspek mendakwa ingin menjual emas tulen kepada ahli perniagaan dan golongan VIP. Selepas pertemuan itu, mangsa dipercayai sering menerima panggilan telefon suspek.
“Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan tertarik dengan tawaran itu bertemu semula dengan suspek menjalankan urus niaga jual beli emas seperti dipersetujui, Khamis lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, semalam.
Beliau berkata, sebaik bertemu, warga Afrika terbabit menyerahkan satu bungkusan didakwa mengandungi biji emas tulen satu kilogram selepas mangsa menyerahkan satu sampul surat berisi RM80,000. Pertemuan itu dibuat di tepi jalan berhampiran Ampang Waterfront. “Suspek yang menerima sampul wang itu memecut kereta meninggalkan mangsa dalam keadaan terpinga-pinga. Mangsa ke kereta rakannya yang menunggu berhampiran menunjukkan emas diberikan suspek.
“Mangsa terkejut dimaklumkan emas diberikan suspek dalam bentuk biji kecil itu palsu dan tidak seperti beberapa biji emas tulen dilihat sebelum itu,” katanya.
Beliau berkata, ahli perniagaan terbabit membuat laporan di IPD Ampang Jaya, di sini.
No comments:
Post a Comment