Kali ini saya nak bawakan kepada kawan-kawan semua berhubung dengan perbandingan antara emas-emas pelaburan di Malaysia yang telah dibuat oleh saudara ZAKARIA ISMAIL aka POKYA (putremas.com). Tapi kawan-kawan kena ingat, ni maklumat ini bukan nak kondem sapa-sapa tapi hanya perbandingan dan bacaan umum sahaja bagi sesiapa yang mula nak berjinak-jinak dengan emas. So saya petik balik tulisan POKYA sebagaimana berikut:
MONDAY, JANUARY 4, 2010
Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia
Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
Kijang Emas
- Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
- Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
- Tidak boleh lock harga
- Tidak boleh booking
- Perlu dapatkan sendiri di Maybank
- Stok sering habis
- Tidak beli semula jika tercalar
OUB
- Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
- Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
- Perlu dapatkan sendiri di OUB
- Stok selalu habis
- Mesti bawa resit asal masa jual balik
- Tidak boleh buka sarung
Pamp Suisse
- Boleh dibeli di kedai emas tertentu
- Spread antara 10%-30% mengikut kedai
- Buka sarung tolak harga
Bunga Raya
- Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
- Spread 15%-25%
- Buka sarung tolak harga
Barang Kemas
- Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
- Harga tinggi berbanding pasaran
- Spread 20%-40%
Dinar Emas Kelantan
- Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
- Stok terhad dan selalu kehabisan
- Spread 10%-15%
- Boleh dibeli daripada mana-mana ejen (TAMBAHAN: TERMASUK Kedai Emas Muslim)
- Spread 5%-6% sahaja
- Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
- Boleh booking dan lock harga
- Dinilai oleh assayer emas bertauliah
- Disertakan dengan Certificate of Authenticity
- Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen (boleh rujuk Bank Rakyat)
No comments:
Post a Comment